4 Pengganas Abu Sayyaf Terbunuh Oleh Pasukan Keselamatan Filipina

4 Pengganas Abu Sayyaf Terbunuh Oleh Pasukan Keselamatan Filipina

0
SHARE
Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina...

MANILA, FILIPINA – Empat (4) orang yang disyaki pengganas Abu Sayyaf terbunuh dalam satu insiden tembak-menembak dengan Pasukan keselamatan Filipina di sebuah daerah di ibu negara itu awal pagi tadi.

Memetik laporan berita Xinhua, Polis Filipina memaklumkanĀ  sepasukan tentera dan anggota polis telah pergi ke daerah di Paranaque City, Metro Manila, pada tengah malam semalam untuk menyampaikan waran tangkap kepada salah seorang suspek atas tuduhan pelanggaran undang-undang pemilikan senjata api dan peluru secara haram.

Bagaimanapun, suspek utama dan isterinya didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan penangkap, hingga mencetuskan kejadian tembak-menembak.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, dijangka menandatangani undang-undang anti-keganasan baharu yang memperkukuhkan usaha negara itu untuk memerangi keganasan domestik.

Rodrigo Duterte…

Undang-undang baharu, versi yang ditingkatkan dari undang-undang kontra-keganasan tahun 2007, dibuat ‘untuk menangani dan secara efektif mengekang tindakan pengganas untuk menjaga keamanan negara,’ menurut surat Duterte bertarikh 1 Jun 2020, menggesa Dewan Rakyat supaya bertindak segera terhadap rang undang-undang (RUU) itu.

Dewan Perwakilan negara dan Senat telah meluluskan RUU itu, dan kini menunggu tanda tangan Duterte.

Ketua Angkatan Bersenjata Filipina, Jeneral Felimon Santos, mengeluarkan satu kenyataan hari ini, mendesak Duterte supaya mempercepatkan menandatangani RUU anti-keganasan supaya ia dapat segera dilaksanakan berikutan kehadiran tidak diingini pengganas Abu Sayyaf di Metro Manila.

Santos berkata, insiden penembakan itu ‘semakin menyerlahkan’ perlunya undang-undang baharu.

“Ia adalah berkenaan keselamatan awam dan kesejahteraan umum yang dipertaruhkan. Kita harus melindungi dan mempertahankan rakyat Filipina dari pengganas,” tambahnya.

Kumpulan Abu Sayyaf yang dianggarkan memiliki 400 pejuang, dianggap kumpulan pelampau terkecil tetapi paling ganas di selatan Filipina serta aktif di wilayah pulau Sulu dan Basilan yang miskin.

Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina…

Mereka bertanggung jawab atas siri penculikan, pengeboman mati, serangan terhadap anggota keselamatan, pemenggalan awam, pembunuhan dan pemerasan di wilayah Mindanao.