KOTA KINABALU, SABAH – Sejak pagi tadi rakyat Sabah dikejutkan dengan berita oleh portal media tempatan termasuk reaksi pimpinan Parti Warisan Sabah yang menyebut wujudnya cadangan untuk memilih Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia Ke-9 sebagai jalan penyelesaian kemelut memilih Perdana Menteri oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) Plus.
Kenyataan wakil rakyat Parti Warisan membayangkan Shafie Apdal wajar dilantik Perdana Menteri Malaysia…
Memetik laporan portal berita tersebut, Dr. Mahathir menyatakan beliau bersama beberapa bekas pemimpin BERSATU, Amanah dan DAP telah bersetuju agar Mohd. Shafie dicalonkan.
Sebahagian portal berita yang menyiarkan Shafie bakal Perdana Menteri Malaysia
Pakatan Harapan (PH) Plus juga kononnya dijangka akan mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini.
Petikan video kenyataan Dr. Mahathir mencalonkan Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Ke-9…
Menurut portal berita itu lagi difahamkan bahawa perbincangan untuk memilih Shafie Apdal telah bermula sebagai pilihan lain selain Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petikan kenyataan daripada portal berita tempatan berhubung cadangan mencalonka Shafie sebagai Perdana Menteri Ke-9…
Dalam reaksi segera oleh aktivis politik bebas, termasuk penganalisis politik dan Gabungan NGO Bebas Suara menyatakan idea (rancangan) untuk memilih Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri yang Ke-9 oleh gabungan parti tersebut adalah keputusan paling “GIL*”.
“Adakah mereka sedar akan keupayaan yang ada pada Shafie sehingga mereka boleh mencalonkan Shafie menjadi Perdana Menteri Malaysia.”
“Apa akan jadi kepada negara kalau benar Shafie menjadi pilihan mereka.”
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara dalam satu kenyataan berkata “Shafie tadbir Sabah pun GAGAL, ini pula mahu mengetuai satu negara, ini kerja paling “GIL*”.
“Bukan bertujuan untuk merendahkan Shafie, tetapi rakyat Sabah jelas menjadi saksi kepada kegagalan Shafie selama ini dalam mengetuai pentadbiran negeri Sabah.
“Apa yang telah dilakukan oleh Shafie selama lebih dua (2) tahun mengetuai pentadbiran negeri Sabah?.”
“Faktanya adalah tidak ada satu pun pembangunan yang berjaya dibangunkan di Sabah melainkan minyak masak sawit berjenama Sabah.”
Kadar KDNK negeri jatuh, pengangguran meningkat, pendapatan negeri menurun sehingga gaji kakitangan Universiti Kolej milik negeri Sabah pun terpaksa dipotong 50%.
Mana pelabur yang dijanjikan oleh Shafie bakal melabur di Sabah?.
Shafie pada April 2019 mengesahkan pelabur akan melabur sebanyak 20 billion di Sabah namun sehingga kini belum.ada satu pun pelabur berjaya datang ke Sabah…(Sumber foto dipetik daripada Berita Harian Online)…
Shafie pada Sept 2018 mengesahkan untuk kali pertama pelabur akan melabur sebanyak 2 billion di Sabah dan menawarkan 3 ribu peluang pekerjaan namun sehingga kini belum.ada satu pun pelabur berjaya datang ke Sabah…(Sumber foto dipetik dari portal online tempatan)
Sebab itu NGO Bebas Suara juga bersetuju jika ada rakyat Sabah yang melabelkan Shafie sebagai “Bapa Pengumuman Sabah”.
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
“Malahan sehingga kini majoriti rakyat Sabah jelas amat marah kerana kegagalan Shafie menyalurkan bantuan terus kepada rakyat Sabah semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, walaupun peruntukan berjumlah hampir satu billion telah diumumkan dan faktanya Shafie sendiri telah mengakuinya serta telah memohon maaf.”
Shafie mengakui kelemahan dan memohon maaf gagal bantu rakyat Sabah…(Sumber foto dipetik dari portal media tempatan)
Untuk rekod, Gabungan NGO Bebas Suara (Bebas) sebelum ini juga telah melancarkan petisen mendesak Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.
Petisen mendesak Shafie Apdal meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah…
Penganalisis politik lainnya pula berkata kenyataan terkini Tun Mahathir menyokong Shafie Apdal menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas satu kenyataan seolah-olah “membuli” ke atas Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen (MP) yang yang menolak Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tun juga dilihat mempunyai muslihat tersembunyi untuk menarik sokongan MP dari Sabah dan Sarawak bagi menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin serta menumbangkan kerajaan Perikatan Rakyat (PN), oleh sebab itu wujud cadangan melantik Shafie menjadi Perdana Menteri namun percaya perkara ini terlalu mustahil akan berlaku.
Anwar Ibrahim, MP PKR termasuk dari GPS sudah tentu tidak bersetuju dengan cadangan ini, justeru dari mana Tun Mahathir akan perolehi kerusi MP bagi mencalonkan Shafie menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anwar Ibrahim…
Sebaliknya apa yang perlu difahami adalah sekiranya Tan Sri Muhyiddin kehilangan sokongan di Dewan Rakyat, sudah tentu jalan terakhir bagi Muhyiddin adalah dengan membubarkan Dewan Rakyat dan mengembalikan semula keputusan memilih Perdana Menteri baharu melalui Pilihan Raya.
Persoalannya adakah Parti PH (Pakatan Harapan) akan mampu menang pada PRU Ke-15 kali ini.?
Sebaliknya cadangan melantik Shafie juga turut dilihat sebagai satu lagi permainan politik yang sengaja direka untuk menakut-nakutkan dan menghalang lebih ramai wakil rakyat parti Warisan dan PH ‘melompat parti’ untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).