
BELURAN, SABAH – Terdapat keperluan bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk jentera barisan hadapan sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.
“Gagasan Rakyat diperingkat bahagian hendaklah bersiap siaga membentuk jentera politik menerusi jaringan parti-parti komponen GRS tanpa perlu menunggu saat akhir PRN.
“Parti-parti gabungan peringkat bahagian harus senada membentuk orientasi bagi merungkai isu-isu berbangit disetiap kawasan, ” katanya.
Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Bahagian Labuk yang diketuai oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Samad Jamri di Dewan Masyarakat Beluran, semalam.
Masiung berkata, pimpinan Gagasan Rakyat di peringkat bahagian tidak boleh gah bergerak secara solo melainkan melalui platform GRS.
Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, walaupun tempoh PRN masih berbaki dua tahun, namun persiapan awal penting bagi mengenalpasti pemimpin pemuda, wanita dan beliawanis yang boleh diletakan dibarisan hadapan.
Menurutnya, golongan muda khususnya perlu dilatih memanafaatkan teknologi maklumat sebagai perang saraf dalam pilihan raya.
“Parti-parti tempatan dan nasional yang telah mengistyharkan perang kepada GRS harus digampur dalam pelbagai strategi, “ tegasnya.
Masiung mengingkatkan ahli-ahli parti Gagasan Rakyat supaya tidak bersikap tamak dan leka apabila berada dilapangan politik.