LAHAD DATU, SABAH – Percubaan seorang lelaki untuk mengambil nyawanya sendiri di Jalan Sri Pantai Tanah Tumako sini berjaya dihalang pihak bomba.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa difahamkan hendak membunuh diri dengan masuk ke air laut lebih dalam dalam insiden kira-kira 2:45 petang, semalam.
“Pasukan bomba bersama agensi lain bertindak menyelamatkan mangsa dengan memujuknya.
“Mangsa seterusnya mangsa di bawa ke kawasan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Operasi membabitkan enam anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, selain bantuan Polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya tamat pada pukul 3:30 petang.