Kenyataan TPM Bertemu 40 Orang Ahli Parlimen BN Benar Dan Tulen –...

Kenyataan TPM Bertemu 40 Orang Ahli Parlimen BN Benar Dan Tulen – Annuar Musa

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tular sejak semalam berhubung pertemuan bersama 40 orang ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi.

“Saya mengesahkan kenyataan YAB TPM, yang di keluarkan selepas pertemuan 40 orang MP BN (termasuk 5 orang yang telah memberi mandat walau tidak dapat hadir kerana di luar negara/ kuarantin/ uzur) adalah benar dan tulen…

“Sebaliknya kenyataan tidak cermat SU EKSEKUTIF BN, yang cuba menafikan kewujudan dan kesahihan kenyataan itu amatlah dikesali,” menurut beliau dalam satu hantaran pada Facebook rasmi milik Tan Sri Annuar Musa sendiri.

Kenyataan Setiausaha Eksekutif BN yang cuba menafikan kewujudan dan kesahihan kenyataan Ismail sebelum ini..

Tambah beliau, Ahli-ahli Parlimen BN berhak membuat pendirian mereka dan pendirian itu di buat selepas satu konsensus di capai dalam pertemuan yang di adakan pukul 5.30 petang semalam di Tingkat 3, Bangunan Baru Parlimen.

Terdahulu, tular satu kenyataan sejak malam tadi berhubung Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 orang ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Melalui perjumpaan tersebut, mereka semua menjunjung kasih akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga akur dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Ahli-ahli Parlimen BN juga sebulat suara memberi sokongan kepada Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perjumpaan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini, 29 Julai…