Kerjasama UMNO-DAP Bentuk Kerajaan Perpaduan Contohi Mahathir

Kerjasama UMNO-DAP Bentuk Kerajaan Perpaduan Contohi Mahathir

0
SHARE
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

KUALA LUMPUR – Kerjasama Barisan Nasional (BN) – UMNO dengan DAP menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah mencontohi ‘teladan’ pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik sumber Berita Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Dr Mahathir selaku orang lama UMNO yang mengajarnya untuk bekerjasama dengan DAP yang dianggap seteru sebelum ini.

Pengerusi BN itu berkata jika Dr Mahathir boleh ‘berpelukan’ dengan DAP sewaktu Pakatan Harapan (PH) bergelar kerajaan setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lepas, kenapa tidak BN-UMNO sekarang tidak boleh melakukan tindakan sama.

“Patut marah Dr Mahathir dulu. Dia yang bawa DAP masuk dalam Kerajaan PH pertama kali. Patut marah pada dia.

“Dia (Tun M) yang mendoktrinisasi kami selama 22 tahun dan memberikan gambaran yang sangat negatif terhadap parti itu. Tetapi akhirnya mendakwa parti itu dan ini kita lihat bahawa PPBM (BERSATU) juga berdakapan secara politik dengan parti itu.

“PAS juga pernah (bersama DAP). Yang belum berdakapan hanya UMNO dan BN. Kita tidak pernah terlepas daripada tali ikatan terhadap apa yang tercatat di dalam Perlembagaan dan falsafah parti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik – Apa Untung Pada Negara, yang berlangsung secara dalam talian, semalam.