KOTA KINABALU, SABAH – Karnival Perayaan Kuih Bulan di Foh Sang yang terpanjang berlangsung tahun ini selama empat hari dari 14 hingga 17 September.
Ia juga bertepatan dengan Hari Malaysia (16 September) dimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe merancang untuk menggunakannya sebagai platform perpaduan.
Beliau mahu pentas itu mempamerkan kepelbagaian etnik Sabah melalui barisan 100 persembahan kebudayaan kumpulan dan individu yang pada kawasan terbuka.
“Ini adalah festival dengan tempoh paling lama kami anjurkan dan telah bekerjasama dengan kumpulan pelancong untuk mengatur masa lawatan. Dulu cuma dilaksanakan dua hari, tak cukup masa sehingga COVID-19.
“Terdapat sebanyam 100 buah gerai makanan. Senarai pemohon dua muka surat telah meningkat kepada 10 muka surat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Pada 15 September nanti, Phoong merancang untuk melancarkan tempat letak kereta enam tingkat Foh Sang, yang akan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Ditanya sama ada tempat letak kereta akan percuma untuk acara yang berakhir pada Sabtu, beliau berkata ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut dijemput menyempurnakan acara anjuran Komuniti Luyang Sejahtera dan Pejabat ADUN Luyang.