KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan dadah di sekitar Kota Kinabalu dengan tertangkapnya ENAM (6) sekeluarga dan seorang individu dalam dua serbuan berasingan di Kampung Sembulan dan Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu pada Khamis baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji dalam satu kenyataan hari ini berkata, serbuan pertama dibuat ke atas 6 sekeluarga terdiri pasangan suami isteri, anak lelaki, anak perempuan dan menantu berusia antara 20 hingga 66 tahun.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, polis berjaya menemui 6 paket syabu seberta 67.80 gram dalam satu plastik hitam yang disembunyikan di bawah pecahan jubin rumah di Kampung Sembulan.
Berdasarkan semakan rekod kesalahan lampau, dua suspek mempunyai rekod dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.