Polis Sarawak Giat Buru Pencuri Telefon Bimbit

Polis Sarawak Giat Buru Pencuri Telefon Bimbit

0
SHARE

PADAWAN, SARAWAK – Polis kini giat memburu dua lelaki selepas disyaki mencuri dua unit telefon bimbit yang dianggarkan bernilai lebih RM7,000 di Pusat Komersil di Matang Jaya di sini petang semalam.

Memetik laporan Kosmo Online, dipetik berkata Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa bahawa, kedua-dua suspek tersebut telah dikesan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam serta luar premis perniagaan tersebut.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.15 petang daripada pekerja premis perniagaan itu memaklumkan terdapat dua individu telah melarikan dua unit telefon bimbit iaitu jenis Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S8 Plus.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua individu terbabit berpura-pura mahu membeli telefon bimbit sebelum melarikan telefon pintar itu secara tiba-tiba.

“Selepas melarikan telefon bimbit berkenaan, kedua-dua suspek kemudian memasuki sebuah kereta lalu memecut dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Merbin memberitahu, pekerja premis perniagaan itu cuba mengejar suspek namun usaha mereka menemui jalan buntu.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan,” ujarnya lagi.