Polis Tahan Sekumpulan 3 Kepala Syabu Pecah Masuk Rumah VIP

Polis Tahan Sekumpulan 3 Kepala Syabu Pecah Masuk Rumah VIP

0
SHARE
DSP Haris Ibrahim...(Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang)

PENAMPANG, SABAH – Sekumpulan TIGA (3) kepala syabu sempat menikmati petang hari dengan RM7,000 hasil duit pecah masuk rumah VIP di Putatan sebelum ditahan pihak polis.

Kesemua suspek lelaki tersebut berumur 31 hingga 37 tahun ditangkap di lokasi berasingan dalam daerah oleh CID sekitar jam 9 malam.

Ketua polis daerah DSP Haris Ibraim berkata pengadu membuat laporan polis sekitar 10.23 pagi hari Sabtu.

“Suspek dipercayai membuka pintu pagar zink dan mengumpil tombol besi lalu masuk ke dalam bahagian dapur rumah…

“Dompet mengandungi wang tunai, kad kredit dan dokumen penting hilang. Sejumlah wang bernilai RM7,000 dan wang tabung turut dilaporkan hilang,” beliau berkata.

Hasil serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki milik pengadu.

“Dua daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah…

“Saringan air kencing juga mendapati semua suspek terbabit positif dadah syabu,” katanya.

Kes pecah rumah disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.