Polis Tawau Tahan Dua Warga Asing Bersamu Syabu Bernilai RM60,000

Polis Tawau Tahan Dua Warga Asing Bersamu Syabu Bernilai RM60,000

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Polis menahan DUA (2) orang lelaki warga asing yang dipercayai pengedar dadah bersama syabu yang dianggarkan bernilai RM60,000 di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di bandar Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin dalam satu kenyataan media di IPD Tawau petang tadi berkata, suspek masing-masing berusia 43 dan 39 tahun itu ditahan selepas kedua-dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

“Bertindak atas risikan maklumat dadah jam lebih kurang 4.30 pagi, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas dua orang lelaki warga asing yang berada dalam keadaan mencurigakan dan merampas sebuah beg yang dipegang oleh salah seorang suspek berkenaan…

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam beg tersebut, polis menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1,033.30 gram,” katanya.

Sumber Foto: Facebook rasmi Polis Daerah Tawau…

Menurunya, dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan boleh menampung seramai 2 ribu orang penagih di sekitar kawasan Tawau ini. Hasil pemeriksaan kedua-dua suspek tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Polis juga turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Civic di bawah seksyen 25(1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 kerana dipercayai digunakan bagi tujuan pengedaran dadah.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Usaha mengesan saki baki rangkaian pengedaran dadah juga sedang giat dijalankan.

Jelasnya, Polis Daerah Tawau ingin menegaskan kepada masyarakat bahawa mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah adalah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan pihak Polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat di daerah Tawau ini untuk serta menyalurkan maklumat dan bersama membanteras kegiatan ini.