PRN Sarawak: GPS Menang 45 Kerusi, Bentuk Kerajaan Negeri

PRN Sarawak: GPS Menang 45 Kerusi, Bentuk Kerajaan Negeri

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 45 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-12 ini sekaligus menghampiri dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, demikian menurut keputusan tidak rasmi setakat jam 8.45 malam tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sebuyau dan Belaga telah sah dimenangi GPS.

Sementara 40 kerusi lain yang turut dimenangi GPS dalam keputusan tidak rasmi adalah termasuk, Tanjung Datu, Pantai damai, Satok, Batu Kawah serta Asajaya.

Beliau juga berkata bahawa dengan keputusan itu , GPS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus (50%) daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

PRN kali ini juga menunjukkan kali pertama buat PBB, PRS, PDP dan SUPP menang dalam pilihan raya negeri menerusi gabungan berkenaan, yang ditubuhkan selepas PRU 2018.

Sebelum ini, parti-parti ini adalah komponen dalam BN Sarawak.

Sementara itu, hanya satu kerusi iaitu di DUN Simanggang dikuasai oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB) setakat ini.