Lelaki Tuntut Cerai Selepas Ketahui Isterinya Seorang Penjenayah

Lelaki Tuntut Cerai Selepas Ketahui Isterinya Seorang Penjenayah

0
SHARE

PORBANDAR – Seorang lelaki di Porbandar meminta penguasa polis daerah supaya kes jenayah terhadap isterinya disiasat.

Vimal Karia, peniaga sayur di Porbandar, terkejut apabila mengetahui isterinya Rita mempunyai sejarah jenayah.

Suami pertamanya dikatakan terlibat dalam kes 5,000 kecurian membabitkan kereta dan kes jenayah yang serius seperti konspirasi, kecurian, pembunuhan, rompakan, kes di bawah Akta Senjata dan memburu haiwan liar.

Sumber polis berkata, kenyataan Vimal direkodkan dan sejarah jenayah Rita dicari dari Assam dan negeri lain.

Vimal bertemu Rita Das melalui platform mencari jodoh pada 2021.

Rita pada profil perkahwinannya mendakwa bercerai, tetapi tidak berkongsi surat cerainya.

Mereka kemudiannya berkahwin, namun selepas enam bulan, Rita keluar dari rumah dengan alasan menyelesaikan isu tanah di Assam selepas menerima panggilan ibunya; namun, dia tidak pernah kembali.

Vimal yang mula mengesyaki isterinya menyiasat latar belakangnya.

Semasa menyemak surat cerai, dia mendapati nama isterinya ialah Rekha Chauhan, bukan Rita.

Carian pantas di Google mengesahkan Rekha Chauhan penjenayah ‘dikehendaki’ dan dia juga berkahwin dengan lelaki bernama Anil Chuahan, yang juga menghadapi beberapa kes, kebanyakannya melibatkan samseng.

Sumber polis berkata, kenyataan Vimal direkodkan dan sejarah jenayah Rita dicari dari Assam dan negeri lain.

Sebuah akhbar India baru-baru ini berjaya menghubungi Rita Das dan mengakui dia masih berkahwin dan menjelaskan: “Saya berkahwin dengan Anil pada 2007, dan kes kecurian kereta didaftarkan pada 2015. Saya tidak bercakap dengan Anil sejak itu. Pada masa ini, Anil Chauhan berada di penjara.”