Politik Permuafakatan BN Contoh Paling Berjaya- Dr Salleh

Politik Permuafakatan BN Contoh Paling Berjaya- Dr Salleh

0
SHARE

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Salleh Tun Said menegaskan ciri utama politik permuafakatan Barisan Nasional (BN) adalah bentuk kerjasama parti pelbagai kaum dalam satu pakatan besar yang boleh dijadikan sebagai satu contoh untuk Malaysia.

Memetik kenyataan blog Salleh Said Keruak, Dr Salleh seterusnya berkata, “dalam satu persidangan ahli Sains Politik Sedunia pada tahun 1967, Prof. Arend Lijphart menyatakan sistem politik terbaik untuk mengurus negara majmuk ialah politik permuafakatan”.

“Malaysia adalah contoh negara paling berjaya mengamalkan sistem ini. Dalam sejarahnya, Perikatan (dan kemudiannya BN) selalu menang dalam setiap pilihan raya biarpun menghadapi pelbagai isu dan cabaran”.

Dr Salleh berkata, “pertanyaannya, bagaimana dengan PRU ke-14? Apakah Pakatan Harapan mampu mencabar BN?.

“Tentunya tidak. Ini kerana PH hanya sekadar ‘kek icing’ yang nampak comel di luar, tetapi rapuh di dalam. PH ini ibarat ‘tidur sebantal tetapi mimpi berbeza'”.

“Kerjasama mereka gagal menunjukkan solidariti kerana berebut kedudukan sehingga terpaksa mewujudkan tiga jawatan tertinggi sekali gus”.

Justeru Dr Salleh berkata, “melihat dari aspek ini, cara politik permuafakatan BN adalah terbaik untuk negara. Ini kerana formula perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaumnya terbukti paling sesuai untuk memerintah Malaysia yang majmuk masyarakatnya ini”.