‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’, Laung Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah Hari...

‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’, Laung Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah Hari Ini

0
SHARE

PETALING JAYA: “Saya dianiaya, ini semua fitnah”, berikut laungan bapa kepada adik Zayn Rayyan di Mahkamah Majistret bagi prosiding sambungan atau penamatan reman di sini, hari ini.

Turut kelihatan situasi di perkarangan mahkamah agak kecoh apabila keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit beramai-ramai sebaik sahaja mereka tiba. 

Kedengaran juga ada yang menjerit “Ini fitnah” dan “Isma-Zaim strong”. 

Pasangan suami isteri yang direman selama tujuh hari dan berakhir hari ini, dilihat memakai baju lokap senelim dibawa masuk ke Mahkamah Majistret pada jam 9.30 pagi tadi.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.