Portal Media Online Berbayar Parti Warisan Dikecam, Sanggup Menipu Dakwa Shafie Apdal...

Portal Media Online Berbayar Parti Warisan Dikecam, Sanggup Menipu Dakwa Shafie Apdal Dapat Sokongan 62% Rakyat Malaysia Jadi PM Ke-9

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) mengecam portal berita online berbayar Parti Warisan Sabah kerana jelas cuba membohongi rakyat Malaysia dengan mendakwa sebanyak 62 peratus (62%) rakyat Malaysia menyokong Shafie Apdal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9.

GASA berkata data ‘syok sendiri’ oleh portal ini hanya membabitkan 1,909 undian tetapi mendakwa mewakili 62 peratus (62%)  sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia kini berjumlah 32 juta orang manakala 14.9 juta pula layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, sebaliknya portal ini hanya membuat taksiran jumlah undian sebanyak 1,909 dan digunakan pula sebagai kayu pengukur untuk mengesahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia kononnya telah menyokong Shafie, ini adalah jelas satu pembohongan yang sangat tidak bermaruah.

Sumber foto dipetik daripada portal berita online Parti Warisan Sabah…
Sumber foto dipetik daripada portal berita online Parti Warisan Sabah…

Sekalipun Shafie termasuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan sangat terdesak menginginkan jawatan Perdana Menteri Malaysia, tetapi cara yang digunakan oleh portal ini jelas tidak beretika dan amat memalukan.

Kenyataan portal ini kononnya telah membuat tinjauan rakyat di daerah Tambunan, Keningau, Kalabakan, Tawau, Beluran, Ranau, Kota Belud dan Kota Kinabalu di mana kesemua responden telah menyatakan setuju terhadap pelantikan Shafie sebagai Perdan Menteri ke-9 juga jelas satu pembohongan.

Sumber foto dipetik daripada portal berita online Parti Warisan Sabah…

Perjalanan merentas kesemua daerah ini jelas mengambil masa dan untuk bertemu dengan rakyat di lapan (8) daerah tersebut semasa pandemik COVID-19 masih aktif jelas boleh dipertikaikan.

GASA berkata “kami cabar portal ini untuk nyatakan tarikh, masa dan berapa jumlah respondan yang mereka jumpa dan yang peliknya hanya membabitkan 8 daerah sahaja.

“Turut menjadi persoalan ialah kenapa portal ini dakwa Shafie dapat undian satu Malaysia?”

GASA berkata lagi “selepas Shafie diumumkan sebagai calon Perdana Menteri pilihan Tun Mahathir, pemilik beberapa akaun laman sosial Facebook telah membuat undian secara terbuka untuk menilai sokongan rakyat Malaysia termasuk di Sabah, terhadap populariti di antara Shafie dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun sehingga ke hari ini Muhyiddin jelas mendahului hampir kesemua undian tersebut.”

Sebagai contoh undian terbuka yang dibuat oleh pengendali Facebook ‘Suara Masyarakat Sabah’, sehingga jam 3.00 petang, betarikh 30 Jun 2020 membabitkan undian sebanyak 210 ribu secara jelas menunjukkan Tan Sri Muhyiddin telah mendahului jauh dihadapan meninggalkan Shafie dan mengikut perkiraan daripada 210 ribu pengundi, Muhyiddin memperolehi 189 ribu undi.

Sumber Foto dipetik daripada laman media sosial Facebook ‘Suara Masyarakat Sabah’…

Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah, Razeef Rakimin juga turut menyuarakan pandangan beliau dengan undian ini dengan berkata “Saya undi Shafie. Tapi tidak sangka dari lebih 112,000 yang undi saya tergolong dalam geng 10% (undi Shafie).”

Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah, Razeef Rakimin…

“Macam mana dia (Shafie) mau jadi PM..? Kalau undi ini 4k-5k tidak apa.. Ini lebih 112k.. bermakna anggaran 11,200 sahaja yang pilih Shafie manakala anggaran 100,800 lebih cenderung kepada Muhyiddin.”

Mutakhir ini selepas Shafie diumumkan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 pilihan Tun Mahathir, majoriti rakyat Sabah tampil mengecam Shafie kerana dilihat telah gagal mengurus tadbir negeri Sabah kemudian berkeinginan pula menjadi Perdana Menteri Malaysia.