PPM Lahad Datu Tahan Lelaki Tempatan Curi Kayu Bakau Dan Usir 2...

PPM Lahad Datu Tahan Lelaki Tempatan Curi Kayu Bakau Dan Usir 2 Lelaki PATI Keluar Ceroboh Perairan Negara

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas LIMA (5) batang kayu bakau yang berukuran 9 kaki panjang di perairan Lahad Datu hari ini.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sin berkata; “Pada jam 10.30 pagi, sepasukan polis dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah diarahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti pengeluaran kayu bakau tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan di lokasi tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan sedang membawa keluar (05) batang kayu bakau menggunakan sebuah pump bot.”

Semakan lanjut ke atas lelaki tempatan berkenaan turut gagal untuk mengemukakan dokumen pas pemindahan ataupun sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dirujuk ke Jabatan Perhutanan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Enakmen Perhutanan 1968.

Dalam kejadian berasingan, sebuah pump bot yang dinaiki oleh dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina diusir keluar ketika cuba menceroboh perairan negara berhampiran perairan Laut Tungku pagi ini.

Menurut Supt Gan Ping Sin, operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sebuah bot dari PPM Lahad Datu kira-kira jam 0830 pagi, hari ini.

“Semasa membuat rondaan di kawasan tanggungjawab, PPM Lahad Datu telah mengesan sebuah pump bot dalam keadaan mencurigakan dari perairan jiran memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas. Hasil pemeriksaan polis, mendapati dua lelaki berada didalam pump bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan mendakwa berasal dari Paguan, Filipina. Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya diusir keluar dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.”

“PPM Lahad Datu sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Lahad Datu bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara,” tambahnya lagi.

Justeru, Pasukan Polis Marin Lahad Datu amat mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084 agar tindakan dapat dilaksanakan.