KOTA KINABALU, SABAH – Bakat muda bola sepak Sabah dicungkil dan dalam masa yang sama bekas pemain negeri juga tidak dilupakan dalam Piala Datuk Seri Bung Moktar.
Timbalan Ketua Menteri selaku pengajur itu berkata sukan nombor satu dalam negeri itu sebuah platform untuk menyatu padukan suku kaum masyarakat Sabah yang berbilang bangsa.
“Sukan bola sepak perlu perhatian sewajarnya untuk memberikan atlet Sabah peluang lebih besar untuk mewakili negeri dan seterusnya negara di peringkat antarabangsa…
“Tiada mustahil, kita dapat melahirkan Datuk James Wong, Hassan Sani, Matlan Marjan.
“Saya yakin kita dapat melahirkan generasi baru pemain bola yang berintegriti, berdisiplin dengan bakat tersendiri,” katanya.

Menurut beliau beberapa pemain bawah 19 tahun itu akan dipilih untuk berada dalam liga simpanan SAFA sebagai latihan awal untuk Sukma. Bung menekankan kepentingan latihan awal.
“Latihan seharusnya bermula awal…bukan latihan 2-3 minggu sebelum beraksi dan mengaharapkan kemenangan. Tidak mungkin berlkau keajaiban dalam masa singkat begitu,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata beliau berkata sudah dalam perancangan bersama kerajaan negeri untuk membangunkan fasiliti sukan bola sepak di kawasan Pantai Timur Sabah.
“Supaya daerah itu pun mempunyai prasarana sukan terbaik. Sabah hanya mengharap Kompleks Sukan likas,” katanya dalam majis penutupan Piala BMR pada hari ini, Ahad.