LAHAD DATU, SABAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berjaya melepaskan buaya sepanjang 10 kaki yang terperangkap dalam sebuah parit berhampiran sebuah resort di sini.
Insiden kira-kira pada pukul 11.25 malam pada Isnin lalu berlaku di Resort Felda Residence Wilayah Sahabat berhampiran pantai.
Sumber APM Lahad Datu berkata aduan dibuat orang awam itu dibalas dengan lima (5) anggota ke lokasi dalam masa tujuh (7) minit.
“Anggota tiba di lokasi pada 11.50 dan segera mula mencari buaya,” katanya.
Proses penangkapan menggunakan jerat perangkap tali mengambil masa dua jam dan tamat pada 2.11 pagi.
“Jabatan Hidupan Liar telah dihubungi pada pukul 8 pagi untuk penyerahan buaya tersebut…
“Jantina buaya itu dikenal pasti sebagai jantan jenis tembaga. Ia telah diukur dan didapati sepanjang 10 kaki dan tujuh (7) inci manakala ukur lilit badan adalah tiga (3) kaki dan empat (4) inci.
“Reptilia terbabit adalah seberat 300kg setelah ditimbang,” katanya.
