Pramugari Ditahan, Sorok Emas Hampir 1KG Dalam Dubur

Pramugari Ditahan, Sorok Emas Hampir 1KG Dalam Dubur

0
SHARE

INDIA: Seorang pramugari telah ditangkap kerana cuba menyeludup hampir satu kilogram emas dari Muscat ke Kannur dengan menyembunyikan emas tersebut di dalam duburnya pada 28 Mei lalu.

Menurut laporan portal berita NDTV, pendedahan ini berdasarkan kenyataan dari sumber Jabatan Perisikan Hasil (DRI) Cochin.

Ahli-Ahli DRI menahan pramugari tersebut, Surabhi Khatun, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kannur pada Selasa lalu.

“Semasa pemeriksaan badan suspek, kami menemui 960 gram emas yang disembunyikan di dalam duburnya,” kata sumber tersebut.

Selepas disoal siasat, beliau telah dihadapkan ke mahkamah majistret dan direman selama 14 hari di sebuah penjara wanita di Kannur, mengikut kenyataan daripada sumber DRI kepada agensi berita Press Trust of India.

Kes tersebut adalah yang pertama seumpamanya dilaporkan di India.

Siasatan terperinci dan bukti yang dikumpulkan setakat ini menunjukkan bahawa dia telah beberapa kali menyeludup emas sebelum ditahan.