Trauma Terbalik Langgar Tiang Lampu Jalan

Trauma Terbalik Langgar Tiang Lampu Jalan

0
SHARE
Keadaan kereta mangsa yang terbalik. - Foto Ihsan Bomba Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki trauma selepas kenderaan Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu terbalik selepas melanggar tiang lampu di Jalan Damai berhampiran Bangunan Azam Jaya, sini, petang tadi.

Mangsa, yang dikenal pasti sebagai Gregory Gonbur, 45, tersepit dalam kenderaan yang membawa gelaran mesra ‘king’ (raja) jalan raya oleh netizen negara ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata beliau berjaya dikeluarkan oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas lalu diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut…

“Beliau mengalami kesan trauma ketika diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 3.18 petang.