
BEAUFORT, SABAH – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) mampu meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat terhadap dasar kerajaan.
Menurut Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun, program berkenaan juga menjadi medium untuk memaklumkan peranan dan hak-hak masyarakat sebagai pengguna.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Beaufort bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup berlangsung di Masjid Nurul Iman, pada Khamis.
Antara pengisian program tersebut adalah ceramah kepenggunaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai KPDN Beaufort, Norazlan Nordin disusuli penyampaian maklumat isu dan dasar negara oleh Pegawai Penerangan Daerah, Suhaili Awang.
Turut hadir, Ketua Kampung Pekan Weston, Latip Abbas, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Beaufort, Mohd Tahir Manaf dan Pengerusi Masjid Nurul Iman, Ismail Kambar. — JABATAN PENERANGAN SABAH





