Rapatkan Ukhwah Menerusi Iftar Ramadan Kumpulan Yayasan Sabah

Rapatkan Ukhwah Menerusi Iftar Ramadan Kumpulan Yayasan Sabah

0
SHARE
Penduduk kampung berbuka puasa bersama kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah

KOTA BELUD: Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Amin telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di Masjid Al-Amin, Kampung Payas-Payas, di sini, semalam.

Dalam keprihatinan terhadap golongan yang amat memerlukan, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyumbang kepada seramai 30 orang Asnaf pada majlis tersebut.

Perkongsian ilmu agama turut diadakan menerusi tazkirah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Daiman Salalah mengenai nilai-nilai dan hikmah Ramadan.

Seramai 150 orang penduduk kampung telah hadir dalam majlis yang bukan sahaja menjadi platform untuk mempererat silaturahim di antara masyarakat setempat, malah turut menjadi wadah bagi pembangunan sosiobudaya komuniti.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED)/Special Envoy BIMP-EAGA, Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Mulia; Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Ismail; pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para penduduk Kampung Payas-Payas.