Rekaan Fesyen Tudung Usahawan Sabah Jadi Pilihan Ramai Di Dubai Dan England

Rekaan Fesyen Tudung Usahawan Sabah Jadi Pilihan Ramai Di Dubai Dan England

0
SHARE
Datin Juliah (kiri) melihat koleksi selendang JKhan bersama Datuk Rahmah (tengah)...

KOTA KINABALU, SABAH – Rekaan fesyen tudung seorang usahawan wanita tempatan menjadi pilihan ramai di negara Dubai malah menembusi pasaran di London, England.

Jkhan 738, produk cetusan Datuk Rahmah Jan Khan serta sokongon tidak terhenti daripada adik beradiknya bukti bahawa usaha tangga kejayaan disamping kepentingan kekeluargaan.

Beliau baru sahaja melancarkan barisan produk tudung ‘Nur Rahmah’ yang akan diperagakan pada ekspo dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Disember nanti.

“Pengasas barisan produk berwarna pastel yang bermotifkan daun dan abstrak adalah gabungan kreativit sayai dan adik, Bibi Azlina Khan…

“Kami mendapati pakaian tudung jenis selendang amat popular di kalangan pembeli Dubai, jarang mereka guna jenis bawal,” katanya sambil menambah semua koleksi beliau telah dipaten agar tidak diciplak.

Rahmah berkata pada bulan Februari tahun depan, koleksinya juga akan membuat penampilan pada pertunjukkan fesyen etnik di London melalui sebuah agensi fesyen di negara tersebut.

Selain daripada pakaian, beliau turut menawar enam (6) produk kecantikan dan penjagaan diri wanita.

“Barisan produk kecantikan JKhan masih bertahan selepas tiga tahun mula penjualan. Kini ia boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk ejen di Brunei dan Singapura.

“Masa pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2019, alhamdulillah, penjualan secara atas talian tetap memberangsangkan kerana harga yang berpatutan dan produk setaraf kualiti The Face Shop dan Etude buatan Korea.

“Ramai pelanggan memanggil minyak pembersih (cleansing oil) kami sebagai minyak mujarab kerana mampu memulihkan penyakit kulit psoriasis.

“Selain daripada itu, semburan pelembap (hydrating mist) kami juga antara yang terlaris dengan keupayaan efektif untuk mengelak kulit kering,” katanya semasa majlis pelancaran Nur Rahmah by Jkhan 738 di Magellan Sutera Harbour petang kelmarin.

Datin Juliah menyempurnakan majlis pelancaran koleksi tudung Nur Rahmah oleh JKhan..

Turut menyepurnakan upacara dan memotong reben sebagai gimik pelancaran adalah Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag iaitu isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.