Remaja Indonesia Sanggup Berjalan Kaki 8Km Sehari Ke Sekolah Demi Masa Hadapan...

Remaja Indonesia Sanggup Berjalan Kaki 8Km Sehari Ke Sekolah Demi Masa Hadapan Keluarga

0
SHARE

INDONESIA – Kepayahan seorang pelajar Indonesia yang terpaksa berjalan kaki sejauh 8km ke sekolah setiap yang mengambil masa lebih dari 1 jam 30min selama dua tahun lalu telah tamat baru-baru ini.

Viky, 16, berjalan kaki setiap hari ke sekolah supaya dapat menyimpan wang 10,000 rupiah (RM3) yang diberikan oleh ibunya yang sepatutnya untuk kegunaan tambang bas dan makanan di sekolah.

Selepas hampir pengsan dalam satu perjalanan, kisah Viky menjadi viral di laman media sosial TikTok.

Video yang disiarkan itu menarik perhatian Timbalan Mayor Tangerang Selatan, Pilar Saga Ichsan, yang kemudian menghadiahkan Viky sebuah basikal dan topi keledar.

Pilar berkata pejabat pendidikan bandar itu turut menganugerahkan Viky dermasiswa supaya dia boleh meneruskan pengajiannya sehingga diploma.

Remaja itu mula-mula dirakam kamera sambil memegang kepalanya dalam keadaan tertekan ketika duduk di tepi jalan dengan pakaian seragam sekolahnya, sambil minum teh oleh penjual minuman.

Dia memberitahu seorang pencipta kandungan TikTok bahawa dia berjalan pulang ke Ciputat dari sekolahnya di Bojongsari Lama, Jawa Barat.

Dalam video berikutnya, Viky berkata dia sering berjalan kaki supaya dapat menyimpan wang 10,000 rupiah (RM3) yang diberikan ibunya setiap hari untuk tambang bas dan makanan di sekolah.

“Bapa saya menganggur dan semakin pulih daripada strok baru-baru ini manakala ibu seorang suri rumah,” katanya.

Viky, anak sulung daripada empat beradik, terpaksa berpindah dari sekolah swasta berhampiran rumahnya kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran pengajian dan peranti yang diperlukan untuk kelas teknikal, seperti telefon bimbit.

Dia kadang-kadang bekerja sebagai penjaga parkir selepas sekolah, memperoleh sekitar 15,000 rupiah (RM 5) sehari, yang dia berikan kepada ibunya.

Nasib Viky mendapat perhatian besar di TikTok, dengan video pertama ditonton lebih daripada 12 juta kali pada hari Jumaat, sembilan hari selepas ia disiarkan.

Video lain juga menunjukkan remaja itu menerima lebih banyak hadiah seperti basikal elektrik dan telefon bimbit daripada netizen.