TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Shahbandar, Tuaran, semalam, ditemukan meninggal dunia hari ini oleh pasukan Bomba Tuaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, mayat mangsa ditemui 700 meter dari mangsa dilaporkan lemas.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.52 petang, semalam.
“Menurut pemanggil, mangsa lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda bersama keluarga
Tindakan Pasukan Bomba mendapatkan maklumat dan seterusnta menjalankan operasi SAR di kawasan sepanjang pantai.
“Mangsa telah ditemui oleh pasukan Bomba dan ahli keluarga mangsa pada jam 5.50 pagi tadi dan berada di 700 meter dari mangsa dilaporkan lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pasukan Bomba seterusnya menyerahkan mayat mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 8.30 pagi.