Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Kondominium Di Inanam

Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Kondominium Di Inanam

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan telah ditemui meninggal dunia akibat terjatuh daripada sebuah bangunan kondominium di Residence Condominium di Inanam hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata mangsa merupakan warga tempatan berusia belasan tahun.

Menurutnya, Balai Polis Inanam menerima maklumat tersebut pada jam 6.30 pagi daripada seorang pengawal keselamatan yang selepas terdengar bunyi dentuman seperti sesuatu terjatuh di atas kereta.

“Si mati tinggal bersama keluarga angkat sejak ayahnya meninggal dunia pada Mei 2024.

“Penjaga turut menyatakan kebelakangan ini simati menunjukkan tanda-tanda kemurungan disebabkan kematian ayahnya.

“Semasa kejadian penjaga simati menyedari simati mengurung dirinya dalam bilik, Selepas dapat membuka bilik, mereka mendapati kesan darah dan sebilah pisau di atas lantai bilik.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Dr. Fatin Nadzirah Awang Damit daripada Hospital Queen Elizabeth ll,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Kes disiasat sebagai mati mengejut (Sudden Death Report).