KOTA KINABALU, SABAH – Sabah akhirnya mencatatkan kes baharu di bawah paras 3,000 sejak dua minggu lalu dengan jumlah 2,874 KES hari ini.
Ia merupakan penurunan sebanyak 861 kes berbanding jumlah semalam.
Jangkitan sporadik yang kekal tinggi iaitu pada 58 peratus (58%) kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun sambil menambah pesimis akan kejangkaan trend menurun yang dilihat sejak beberapa hari lalu.
“Kes-kes tertunggak (daftar lewat) juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehinggalah semua ‘backlogs’ dibersihkan…
“Berdasarkan keadaan semasa dan bagi tujuan pendataan, semua kes yang direkodkan dalam tempoh lima (5) hari dikira oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebagai jumlah kes semasa,” katanya.
Sebanyak 21 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dengan beberapa daerah mencatatkan jumlah penurunan yang agak besar.
Satu kluster baharu tempat kerja diisytiharkan di Tenom hari ini, iaitu Kluster Tolokoson Kem Dua. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sabah setakat in sebanyak 42 kluster.
“Kluster Tolokoson Kem Dua melibatkan warga-kerja Sino Hydro Kem Dua Tolokoson…
“Indeks kes merupakan seorang lelaki berumur 59 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 19 Feb.
“Saringan terhadap kontak rapat dikalangan rakan sekerja telah mendapati 137 orang lagi didapati positif setakat hari ini.
“Siasatan awal punca penularan mendapati jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan,” jelasnya.
Enam (6) kes baharu dalam Kategori 3, tujuh (7) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.
Sebanyak 353 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 171 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 775 (1,039)
Tuaran – 324 (286)
Penampang – 272 (287)
Putatan – 210 (386)
Tenom – 160 (50)
Papar – 151 (261)
Kota Belud – 131 (138)
Tawau – 127 (158)
Keningau – 120 (151)
Tambunan – 78 (18)
Sandakan – 61 (156)
Kota Marudu – 60 (83)
Beaufort – 60 (214)
Lahad Datu – 59 (92)
Sipitang – 52 (73)
Kuala Penyu – 38 (45)
Ranau – 33 (51)
Pitas – 28 (37)
Kudat – 21 (44)
Telupid – 19 (38)
Kunak – 19 (17)
Beluran – 18 (31)
Kinabatangan – 18 (15)
Nabawan – 17 (26)
Tongod – 16 (16)
Kalabakan – 4 (12)
Semporna – 3 (11)





