ADUN Lumadan Beri Sumbangan Kepada Pesakit Strok Di Kg. Lubok Weston

ADUN Lumadan Beri Sumbangan Kepada Pesakit Strok Di Kg. Lubok Weston

0
SHARE
Ruslan (kiri) melawat Sahmi, yang terlantar di rumahnya di Kg. Lubok Weston, Beaufort...

BEAUFORT, SABAH – Seorang lelaki yang menghidap penyakit strok (lumpuh), Sahmi Kasim, 42, mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd telah melawat Sahmi dan menyampaikan sumbangan sebuah katil bagi memudahkannya melakukan pergerakan ketika hendak makan dan sebagainya.

Sumbangan katil itu diterima oleh adik Sahmi, Suhana Kasim, di rumah kediaman mereka di Kampung Lubok Weston, di sini, kelmarin.

Menurut Ruslan, Suhana turut menjaga seorang lagi abang yang baharu sahaja selesai menjalani pembedahan di kaki selepas mengalami kemalangan motorsikal.

Ruslan (kiri) menyampaikan sumbangan katil kepada Suhana…

Justeru, beliau turut memberikan sedikit sumbangan peribadi kepada Suhana untuk membeli keperluan buat dua orang abangnya.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, saya doakan semoga beliau (Suhana) tabah dan bersabar menjaga dan merawat kedua orang abangnya…

“Saya turut mendoakan semoga mereka diberikan kesembuhan segera dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT,” kata Ruslan.

Hadir sama menyaksikan simbolik penyerahan katil ini ialah Pemaju Mukim I, Zefanya Tupong; Ketua Anak Negeri (KAN) Abdul Rahman, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Salam Liak bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ketua Kampung.