Sabah Belasah Kedah Di Likas

Sabah Belasah Kedah Di Likas

0
SHARE
Bola
Penyerang Sabah FC, Miguel Angel (kanan) cuba melepasi pemain Kedah, Sony Norde pada saingan Liga Super di Stadium Likas hari ini ( Sumber Foto: Bernama )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah FC mencatat kemenangan hatrik dengan kemenangan besar di laman sendiri selepas membenam Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Memetik sumber Berita Harian, gol Sabah bermula seawal minit kedua permainan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani.

Sabah mendapat sepakan penalti selepas pemain sayapnya, Gabriel Peres dijatuhkan pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali sejurus Sabah memulakan serangan ketika perlawanan baru saja bermula.

Bagaimanapun, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Jose Cleylton sebelum wisel waktu rehat dibunyikan pengadil.

Bersambung babak kedua, Sabah juga tidak perlu menunggu lama untuk mendahului menerusi jaringan penyerang importnya, Joao Pedro pada minit ke-48.

Bagaimanapun, kedudukan itu hanya seketika apabila pelawat sekali lagi dapat menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62 hasil jaringan Milos Gordic yang menguis masuk menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Namun, Pedro sekali lagi meledak pada minit ke-68 untuk meletakkan Sabah kembali di hadapan.

S Kumaahran dan Gary Steven Robat kemudian melengkapkan kemenangan bergaya skuad Datuk Kim Swee dengan jaringan keempat dan kelima pada minit ke-83 dan masa tambahan.