Sabah Catat 1,002 Kes Baharu Positif COVID-19 Di Awal Bulan Ogos Ini

Sabah Catat 1,002 Kes Baharu Positif COVID-19 Di Awal Bulan Ogos Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah melangkah ke bulan baharu Ogos dengan jumlah kes baharu positif COVID-19 dengan empat digit iaitu 1,002 KES hari ini.

Daerah Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan 171 kes baharu dalam tempoh masa 24 jam yang lalu.

“Juga dikesan dua kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tembidong Bidong di Telupid dan Kluster Jalan Patikang Ulu di Keningau,” kata Jurucakap COVID-19 negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Kontak rapat terus menyumbang jumlah teramai, 591, yakni hampir 59%…

“Di Daerah Kota Kinabalu hampir 63% kes baharu datang daripada kontak rapat,” tambah beliau.

Dalam rumusan kes hari ini, beliau juga mengingatkan bahawa disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain daripada keperluan mendapatkan vaksinasi lengkap.

“Setiap hari kita berusaha meningkatkan kapasiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memberi vaksin kepada orang ramai…

“Kelmarin JKNS memberi 43,792 dos vaksin. Kita akan pertingkatkan lagi keupayaan ini sehingga melepasi 50,000 dos sehari.

“Kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yg tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat,” beliau berkata.

Pecahan kes mengikut daerah adalah seperti yang berikut:

Kota Kinabalu – 171
Tawau – 171
Penampang – 100
Sipitang – 90
Sandakan – 75
Tuaran – 73
Keningau – 47
Telupid – 40
Ranau – 34
Papar – 30
Beaufort – 28
Kinabatangan – 22
Putatan – 17
Kota Marudu – 17
Kudat – 16
Kota Belud – 15
Lahad Datu – 10
Kuala Penyu – 9
Kunak – 7
Beluran – 7
Tenom – 7
Kalabakan – 5
Tongod – 4
Semporna – 3
Tambunan – 2
Nabawan – 1
Pitas – 1