Tanah Terletaknya Wisma KOSAN Adalah Milik KOSAN, Bukan Milik Kerajaan – Ellron...

Tanah Terletaknya Wisma KOSAN Adalah Milik KOSAN, Bukan Milik Kerajaan – Ellron Angin

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik KOSAN.

Hal ini dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 30 KOSAN yang telah diadakan pada Jumaat.

Selaras dengan itu, bagi Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditanda tangani pada 24 Ogos 2015.

Pengerusi KOSAN Datuk Ellron Angin menegaskan Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas di mana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki KOSAN sendiri dan bukanlah tanah Kerajaan.

Beliau merujuk kepada dakwaan para penyewa mengatakan mereka digesa mengosongkan kawasan berkenaan bagi kerja-kerja naik taraf dengan serta merta.

“Dengan pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah di mana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi ‘apartment’ mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.”

Menurutnya, Pembangunan Tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.

“Dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi…

“Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan. Walaubagaimana pun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019 dan ini persetujui,” katanya.

Dalam jangka waktu tersebut Ellron berkata penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan.

“Tapi memandangkan akibat penularan COVID-19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada dibangunan tersebut sehinggalah tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021,” jelasnya.