
JAKARTA, INDONESIA – Sebuah klip rakaman yang dikongsi di TikTok menarik perhatian warganet kerana memaparkan orang ramai di karnival jual beli dan hiburan di sebuah kawasan perkuburan dipercayai di wilayah Jakarta Timur.
Memetik laporan Suara.com, video itu menunjukkan sekumpulan penjual membuka gerai makanan di tepi kubur dengan menjual juadah seperti bakso, telur gulung, roti bakar, bubur ayam dan makanan ringan.
Kanak-kanak turut memenuhi kawasan tersebut dengan bermain pelbagai permainan seperti buaian berpusing mini.
“Ya Allah, ini adalah kawasan perkuburan tetapi suasana sekarang seperti di taman permainan. Haiwan ternakan juga ada di sini,” kata perakam video tersebut ketika memaparkan rakaman dua ekor kambing.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Indonesia sememangnya lain dari lain. Negara lain kawasan perkuburannya sunyi dan seram, namun di Indonesia, kuburnya dipenuhi dengan aktiviti jual beli,” kata seorang netizen.
“Tiba-tiba mayat bangun dan terus membeli makanan,” kata seorang lagi.