NGO Gesa Tubuh Parti Lokal Berasaskan GRS

NGO Gesa Tubuh Parti Lokal Berasaskan GRS

0
SHARE
Datuk Mohd Fadli Fathullah...

KOTA KINABALU, SABAH – Sudah tiba masanya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu melangkah ke hadapan untuk  memastikan matlamat dan tujuan hala tuju politik sabah di bawah naungan parti tempatan sabah.

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Datuk Fadli Fathullah berkata, pihak kerajaan harus menunjukkan sikap profesional dan serius dalam pembentukkan kerajaan seperti yang dirancangkan.

“Ini akan mengukuhkan lagi sokongan rakyat di negeri ini serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan GRS semakin kuat…

“Dengan adanya, pemimpin-pemimpin di Sabah dapat disatukan dan digabungkan di dalam parti GRS yang bakal dibentuk ini, ia satu tindakan yang baik dan tepat untuk mencapai hala tuju misi rakyat di negeri yang menginginkan parti lokal yang mentadbir negeri ini seperti negeri sarawak (Gabungan Parti Sarawak-GPS), “katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya lagi, menerusi penubuhan parti lokal ini, ia juga akan menunjukkan bahawa kekuatan sokongan rakyat dan pemimpin tempatan boleh bergabung serta bekerjasama demi membangunkan ekonomi rakyat dan seterusnya negeri ini terus maju ke hadapan seperti yang dilaungkan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Saya yakin rakyat Sabah juga mengalu-alukan cadangan ini supaya dapat dilaksanakan segera demi masa depan anak cucu bangsa kita di negeri ini,” katanya.