Lelaki Heret Mayat Warga Emas Ke Pejabat Pos Demi Wang Pencen

Lelaki Heret Mayat Warga Emas Ke Pejabat Pos Demi Wang Pencen

0
SHARE

CARLOW, IRELAND – Dua orang lelaki tergamak mengheret mayat seorang warga emas ke sebuah pejabat pos bagi mengeluarkan wang pencen mangsa, lapor Metro UK.

Dua pemuda itu membawa mayat lelaki warga emas itu kepada seorang petugas di kaunter pejabat pos cawangan co Carlow bagi menunjukkan dia seolah-olah masih hidup.

Namun, petugas itu merasa curiga dengan tindakan mereka.

Apabila ditanya mengenai keadaan warga emas yang tidak responsif, kedua-dua suspek terus mencampakkan mayat di atas lantai sebelum melarikan diri.

Salah seorang daripada suspek dikatakan ada mengunjungi pejabat pos tersebut dan cuba mengeluarkan wang simpanan tersebut.

Dia bagaimanapun diberitahu bahawa hanya pemilik wang yang boleh mengeluarkan simpanan itu.

“Dia (mayat) ialah datuk kami. Kami akan membawanya ke hospital selepas mengeluarkan wang ini,” kata mereka kepada petugas kaunter.

Sementara itu, seorang jurucakap polis Garda berkata, pihak polis sedang menyiasat semua kebarangkalian mengenai kematian warga emas tersebut di Carlow pada pagi Jumaat lalu.