Polis Berjaya Berkas Semula 3 Daripada 4 Orang Tahanan Larikan Diri Dari...

Polis Berjaya Berkas Semula 3 Daripada 4 Orang Tahanan Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin COVID-19

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Polis berjaya memberkas semula TIGA (3) daripada EMPAT (4) suspek tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejayaan 5.45 petang tadi yang membabitkan suspek Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19.

“Ketiga-tiga suspek ditahan sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu…

“Suspek lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar sewaktu ditangkap,” katanya.

Tiga suspek seterusnya iaitu Arripian Abdul, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, dan Salman Arip berjaya ditangkap di Taman Wijaya, Menggatal…

Tambah beliau pengesanan lokasi suspek turut dibantu pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal.

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir, 24.

Tiga (3) daripada 4 suspek tahana yang lari daripada Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) telah diberkas semula, seorang lagi iaitu Mohd Rahman Basir masih lagi diburu pihak Polis…

Suspek terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan sebelum ini ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran,” tambah Haris.

Terdahulu, empat suspek lelaki positif COVID-19 berkenaan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) berhampiran Donggongon, Penampang pada jam 3.30 pagi tadi.

Pada sekitar jam 10 pagi perkembangan kes menjumpa helaian seluar lokap suspek yang ditemui di tepi jalan perumahan Kampung Bambangan, Inanam.