Tertikam Kaki Sendiri Mencari Ketam

Tertikam Kaki Sendiri Mencari Ketam

0
SHARE

KUNAK, SABAH – Aktiviti menyuluh ketam bagi seorang lelaki tamat awal pagi tadi selepas tertikam kaki sendiri dengan tombak.

Pasukan Bomba pantas menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa berusia 20an di Hospital Kunak kira-kira 2.45 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mata tombak ketam terbabit menyangkut pada ibu jari kaki kanan mangsa.

“Kerja-kerja memotong besi dijalankan menggunakan peralatan khas (pemotong) dan besi berjaya dikeluarkan dari kaki mangsa dengan selamat…

“Seterusnya operasi ditamatkan pada jam 3.05 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.