KOTA KINABALU, SABAH – Berlaku peningkatan dalam hanya satu kes baharu hari ini berbanding kelmarin membawa kepada jumlah keseluruhan 39 kes.
Walaupun jumlah keseluruhan tidak banyak berubah, tetapi 9 daripada 10 daerah yang merekodkan peningkatan kes merupakan daerah yang merekodkan sifar kes sebelumnya.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini cuma 9 daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 16 daerah semalam.
“Kota Kinabalu mengekalkan catatan kes baharu dua angka dengan 11 kes (-8)…
“Sebanyak 17 daerah lain merekodkan kes satu angka dengan 13 daripadanya mencatatkan satu (1) kes sahaja.
“Lahad Datu merekodkan pertambahan jangkitan baharu yang tertinggi dengan (+6) kes diikuti oleh Ranau dengan (+3) kes,” katanya.
Terdapat seorang pesakit dalam Kategori 4 dan dua lagi pesakit dalam Kategori 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 11 (19)
Lahad Datu 6 (0)
Ranau 5 (2)
Penampang 2 (6)
Tuaran 2 (3)
Beaufort 1 (1)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (1)
Kudat 1 (0)
Kunak 1 (1)
Nabawan 1 (0)
Papar 1 (0)
Putatan 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Tambunan 1 (2)
Tawau 1 (0)
Telupid 1 (0)
Tenom 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Pitas 0 (0)
Sandakan 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tongod 0 (0)





