KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes jangkitan baharu jatuh di bawah paras 2000 kepada 1,778 KES hari ini iaitu 353 kes lebih rendah daripada semalam.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes daftar lewat di daerah Kota Kinabalu banyak mempengaruhi pengurangan jumlah kes harian namun kekal daerah dengan kes yang tertinggi.
“Hari ini cuma 71 kes tertangguh yang melebihi lima (5) hari. Secara keseluruhan, terdapat tanda kearah penstabilan jumlah kes harian…
“Sebagai perbandingan 17 daerah mencatat penurunan jumlah kes baharu berbanding lapan (8) daerah yang merekodkan pertambahan.
“Hanya tiga daerah mencatatkan kes baharu pada kadar tiga angka, iaitu Kota Kinabalu dengan 511 kes, Penampang, 206, diikuti Tuaran dengan 168 kes,” katanya dalam rumusan harian.
Beliau berkata peratusan kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik dalam komuniti masih “terlalu tingggi” iaitu 65 peratus pada hari ini.
“Peratusan tinggi jangkitan sporadik adalah punca utama penularan virus dengan cepat dan meluas.
“Mengikut statistik hari ini, kes-kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu di 23 daripada 27 daerah di Sabah,” tambahnya.
Seramai sebelas (11) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3, tiga-belas (13) lagi dalam Kategori 4 dan sembilan (9) dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.
Kota Kinabalu 511 (677 )
Penampang 206 (199)
Tuaran 168 (145)
Papar 97 (122)
Tawau 91 (98)
Beaufort 86 (94)
Kota Belud 83 (100)
Keningau 77 (97)
Sipitang 59 (54)
Sandakan 54 (63)
Kota Marudu 54 (58)
Lahad Datu 46 (19)
Tenom 41 (67)
Kuala Penyu 26 (45)
Ranau 24 (23)
Tongod 20 (20)
Beluran 18 (17)
Nabawan 17(16)
Pitas 17 (28)
Tambunan 16 ( 64)
Putatan 15 (36)
Kalabakan 12 (8)
Kudat 11 (28)
Telupid 10 (23)
Kinabatangan 9 (18)
Semporna 6 (6)
Kunak 4 (6)





