Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan sebanyak 23 kes harian COVID-19 dicatat hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 257 KES.

Walau bagaimanapun, jumlah kes di Kota Kinabalu terus bertambah 12 kes membawa kepada 65 kes hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian.

“Dua daripada daerah berkenaan, iaitu Kinabatangan dan Ranau, merekodkan pengurangan yang agak baik masing-masing dengan 24 kes dan 18 kes lebih rendah berbanding semalam…

“Sembilan (9) daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga (3) daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran (+22 kes), Kota Kinabalu (+12 kes) dan Sandakan (+10 kes).

“Bagaimanapun, sejumlah 6 daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.

Seramai 254 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Dua (2) kes dalam Kategori 3 dan tiada kes dalam direkodkan dalam Kategori 4 dan 5, manakala satu (1) kes lagi masih dalam penilaian.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 65 (53)
Tuaran – 33 ( 11)
Sandakan – 20 (10)
Penampang – 19 (19)
Papar – 17 (20)
Ranau – 15 (33)
Keningau – 14 (15)
Kuala Penyu – 11 (11)
Kota Belud – 9 (8)
Kota Marudu – 8 (17)
Tenom – 7 (12)
Beaufort – 7 (6)
Tambunan – 6 (8)
Tawau – 5 (5)
Putatan – 5 (7)
Tongod – 4 (1)
Kudat – 3 (1)
Kinabatangan – 2 (26)
Nabawan – 2 (0)
Sipitang – 2 (6)
Beluran – 1 (0)
Kunak – 1 (1)
Pitas – 1 (3)
Semporna – 0 (0)
Telupid – 0 (5)
Lahad Datu – 0 (2)
Kalabakan – 0 (2)