KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penurunan 173 kes hari ini dengan 596 KES baharu setelah dua hari merekodkan pertambahan kes harian.
Jurucakap Perkembangan Harian Kes COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes jangkitan baharu menurun di 21 daripada 27 daerah di Sabah.
“Kecuali Penampang yang menambah empat kes berbanding jumlah semalam, daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Putatan merekodkan penyusutan kes baharu…
“Lima daerah mencatatkan peningkatan kes baharu tetapi pada skala yang kecil dan satu daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Semporna dan Kunak tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
“Seperti yang telah diperingatkan sebelum ini peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi dan hari ini sebanyak 66 peratus,” katanya dalam rumusan harian kes.
Dua lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau dan Kluster Loboh Nabawan di Nabawan. Baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah 19 kluster.
Lima (5) kes hari ini berada dalam Kategori 3 dan sepuluh (10) kes dalam Kategori 4. Lain-lain kes berada dalam Kategori 1 dan 2 yang tidak memerlukan rawatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 148 (175)
Penampang – 70 (66)
Papar – 59 (60)
Beaufort – 51 (57)
Tuaran – 47 (64)
Tawau – 29 (48)
Putatan – 24 (28)
Tenom – 18 (15)
Sandakan – 17 (23)
Keningau – 16 (31)
Ranau – 13 (16)
Kota Belud – 12 (33)
Kinabatangan – 11 (8)
Tongod – 11 (6)
Tambunan – 10 (29)
Kuala Penyu – 10 (20)
Kota Marudu – 9 (23)
Lahad Datu – 7 (11)
Sipitang – 7 (12)
Pitas – 7 (9)
Beluran – 5 (13)
Kalabakan – 5 (3)
Kudat – 5 (9)
Telupid – 3 (5)
Nabawan – 2 (3)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (2)