Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini Dengan 486 Kes

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini Dengan 486 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 baharu Sabah menurun 27 kes berbanding kelmarin membawa kumulatif ke bawah paras 500 dengan 486 KES hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal menjadi penyumbang utama dengan 100 kes.

“Ia merupakan 28 kes lebih banyak daripada jumlah kelmarin. Tiga (3) lagi daerah dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’, yakni Ranau, Tuaran dan Kota Belud mencatatkan penurunan kes baharu yang marginal kecuali Ranau yang turun 30 kes,” katanya.

Beliau berkata jumlah kes melalui jangkitan sporadik kekal tinggi dan bermakna jangkitan berlaku dengan mudah.

“Kita tidak tahu siapa pembawa virus dan dimana serta bila jangkitan berlaku…

“Di Kota Kinabalu, 43 peratus (43%) daripada jumlah jangkitan baharu adalah melalui jangkitan sporadik, hampir 49 peratus di Penampang, 44 peratus di Kota Belud dan 77 peratus di Beaufort,” jelas beliau.

Secara keseluruhannya peratusan jangkitan jenis sporadik bagi Sabah adalah 41 peratus (41%) meskipun masyarakat diingatkan setiap hari mengenai kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Namun begitu sebanyak 98 peratus (98%) daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

“Dua (2) orang pesakit berada dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan empat (4) orang pesakit masih dalam penilaian,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 100 (72)
Tuaran – 45 (48)
Kota Belud – 45 (46)
Penampang – 39 (35)
Keningau – 29 (19)
Papar – 26 (38)
Kota Marudu – 23 (32)
Beaufort – 22 (26)
Ranau – 21 (51)
Putatan – 19 (18)
Tenom – 18 (12)
Kuala Penyu – 14 (14)
Sipitang – 13 (13)
Sandakan – 12 (2)
Tongod – 12 (0)
Kudat – 11 (13)
Telupid – 9 (2)
Tawau – 9 (13)
Kalabakan – 5 (0)
Kinabatangan – 3 (25)
Nabawan – 3 (3)
Pitas – 3 (3)
Tambunan – 2 (11)
Beluran – 2 (6)
Lahad Datu – 1 (5)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (0)