KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian susut 206 kes hari ini berbanding kelmarin kepada 5,359 KES.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jumlah kes jangkitan dalam komuniti yang masih tinggi iaitu 61 peratus (61%) hari ini.
“Agak mudah untuk meramalkan bahawa jumlah kes harian dalam masa terdekat akan kekal tinggi,” katanya dalam rumusan harian.
Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi di Sabah dengan 1,362 kes.
“Daerah yang mencatat jumlah kes harian yang tinggi juga sinonim dengan peratusan jangkitan sporadik yang tinggi…
“Peratusan jangkitan sporadik di Kota Kinabalu hampir 62 peratus daripada jumlah kes baharu denga tertinggi di Putatan (75%).
“Kita boleh simpulkan bahawa jumlah kes harian yang tinggi setiap hari berpunca daripada jangkitan dalam komuniti yang sukar dibendung lantaran tidak diketahui punca dan tempat jangkitan berlaku,” tambahnya.
Beliau berkata cara terbaik mengelak jangkitan ialah untuk tidak berada dalam kumpulan orang yang ramai seperti tempat-tempat awam yang sesak.
“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia,” tegasnya.
Menurutnya, jumlah kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang dijangkiti COVID-19 kekal tinggi iaitu 673 orang, di mana283 daripada mereka dibawah umur 5 tahun yang belum layak diberi vaksin.
Seramai 390 orang lagi berumur antara 5 – 11 tahun yang belum menerima vaksin walaupun sudah layak memperolehinya.
“Kedua kumpulan ini merupakan 12 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid di Sabah hari ini…
“Amatlah disarankan agar ibu-bapa membawa anak mereka yang sudah layak untuk divaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan atau kesan jangkitan yang lebih serius,” katanya lagi.
Daripada 5,359 jangkitan baharu hari ini, 5,341 pesakit atau 99 peratua adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Sembilan (9) orang dalam Kategori 3, empat (4) orang dalam Kategori 4 dan lima (5) orang dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 1,362 (1,395)
Penampang – 583 (606)
Tuaran – 494 (320)
Putatan – 457 (188)
Papar – 293 (337)
Lahad Datu – 244 (398)
Tawau – 243 (430)
Beaufort – 233 (158)
Sandakan – 207 (289)
Kota Belud – 203 (216)
Keningau – 166 (215)
Kota Marudu – 150 (164)
Ranau – 147 (104)
Beluran – 75 (43)
Sipitang – 72 (72)
Kuala Penyu – 64 (85)
Tenom – 55 (74)
Pitas – 53 (91)
Tambunan – 52 (85)
Kinabatangan – 48 (39)
Kunak – 38 (49)
Telupid – 32 (27)
Nabawan – 26 (52)
Kudat – 23 (26)
Semporna – 19 (34)
Tongod – 19 (54)
Kalabakan – 1 (14)





