Teknologi Baharu Pembinaan Jalan Raya, Terowong dan Tembok Dari China Akan Cuba...

Teknologi Baharu Pembinaan Jalan Raya, Terowong dan Tembok Dari China Akan Cuba Diperkenalkan di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sistem teknologi baharu dalam bidang pembinaan jalan raya, terowong dan tembok dari China akan cuba diperkenal dan di bawa masuk di negeri ini.

Teknologi tersebut akan cuba diusahakan di sini oleh sebuah syarikat, iaitu Beacon Facility Solution Sdn Bhd yang kini terlibat dalam bidang pembinaan jalan raya dan kilang pengeluaran bateri kenderaan elektronik. 

Pengarah Eksekutif syarikat tersebut, Alken@Lew Hon Chong yang juga berasal dari Sabah berkata, dengan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang berkenaan di China, teknologi baharu itu sudah pasti mampu mengubah daya tahan dan daya saing dalam pembangunan infrastruktur asas di negeri ini, khususnya jalan raya.

Justeru itu, beliau yang ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Adilfitri Beacon Facility Solution Sdn Bhd pada Ahad turut berharap agar syarikatnya dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha menaiktaraf sekali gus memperbaiki keadaan jalan raya di Sabah.

Dalam majlis sama, seramai 24 anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Kingfisher diraikan dalam itu.

Sementara itu, Pengarah Beacon Facility Solution Sdn Bhd cawangan Sabah, Mohammad Saiffullizaw Awang berkata, majlis tersebut adalah majlis yang julung kali diadakan di sini memandangkan syarikat berkenaan baru sahaja melebarkan sayap perniagaan mereka di Sabah.

“Sekiranya perniagaan kita di sini bertambah maju, acara amal seumpama ini akan kita adakan sebagai acara tahunan.

“Pada ketika ini, syarikat ini mempunyai tahap prestasi perniagaan yang positif di Semenanjung Malaysia dengan beberapa projek pembangunan infrastruktur menerusi kerjasama dengan kerajaan persekutuan,” jelasnya.