KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 674 KES. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 18,499 kes (64.59%).
KKM sebentar tadi turut memaklumkan SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 410 KES daripada 835 KES harian yang dilaporkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 28,640 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,903 kes.
semua 835 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lima (5) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 830 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 89 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 238 kes (0.83%).
Semua kes kematian yang direkodkan hari ini adalah daripada Sabah (Hospital Tawau).
KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan DUA (2) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Lintas (Sabah) dan Kluster Limbungan (Labuan).