Sabah Catat 1,982 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat 1,982 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat penurunan 33 kes dalam kes harian COVID-19 berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes hari ini sebanyak 1,982 KES.

Menurut beliau, 14 daerah mencatatkan peningkatan kes di mana Kota Kinabalu adalah yang tertinggi dengan 493 kes baharau iaitu penambahan 183 kes berbanding semalam.

“Manakala 13 daerah mencatatkan penurunan. Daerah Papar adalah antara yang paling ketara dengan penurunan 143 kes…

“Sungguhpun bilangan daerah mencatatkan peningkatan kes lebih banyak, namun jumlah penurunan kes adalah lebih besar,” katanya sambil menambah 29 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini merupakan kes tahanan atau banduan.

Sejumlah 1,044 kes daripada 1,982 kes hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari lalu.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 1,101 kes atau 55.5 peratus…

“Peratusan kes melalui saringan bergejala (juga dikenali kes sporadik) di daerah Kota Kinabalu amat tinggi, yakni hampir 48 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Ini satu isyarat dan peringatan kepada semua untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dengan serius kerana risiko jangkitan virus amat tinggi apabila berada dikhalayak ramai,” tegasnya.

Jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 dengan 1,452 kes atau 73 peratus kes hari ini sementara lima (5) pesakit berada dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 493 (310)
Sandakan – 206 (158)
Tuaran – 96 (128)
Lahad Datu – 118 (108)
Penampang – 43 (108)
Kota Marudu – 78 (106)
Papar – 89 (236)
Kota Belud – 87 (96)
Kinabatangan – 42 (84)
Tawau – 81 (84)
Keningau – 74 (79)
Putatan – 89 (68)
Tenom – 38 (64)
Pitas – 57 (52)
Beluran – 55 (51)
Ranau – 82 (44)
Kalabakan – 17 (44)
Kudat – 30 (43)
Kunak – 22 (32)
Tongod – 35 (31)
Nabawan – 38 (28)
Telupid – 59 (27)
Beaufort – 19 (16)
Sipitang – 2 (10)
Semporna – 13 (8)
Tambunan – 16 (2)
Kuala Penyu – 3 (2)