4 Pemain Bola Sepak Wanita Sabah Dipilih Wakili Skuad Harimau Malaya

4 Pemain Bola Sepak Wanita Sabah Dipilih Wakili Skuad Harimau Malaya

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – EMPAT (4) pemain bola sepak wanita Sabah yang dipilih untuk mewakili Skuad Harimau Malaya Wanita (The Malayan Tigress) tiba di Palestin semalam.

Pegerusi Jawatankuasa Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah, Datuk Jelani Hamdan berkata sebelum ini terdapat lima (5) pemain wanita Sabah yang terpilih untuk mewakili negara.

“Tetapi agak malang kerana salah seorang daripada mereka didapati positif COVID-19…

“Alhamdulillah keadaan beliau tidak serius dan sedang menjalani kuarantin di Subang. Kita doakan agar beliau cepat sembuh,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) itu menjelaskan empat (4) pemain itu adalah Dadree Rofinus, Asma Binti Junaidi, Jessica Susanne Mailu dan Pedrolia Martin Sikayun.

“Seramai 23 pemain terbaik dari seluruh negara dipilih di mana 12 daripada mereka berasal dari Sabah…

“Empat (4) wanita dari Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah ini berada dalam kumpulan utama bagi mewakili negara.

“Mereka telah pun tiba di Al-Ram, Jerusalem, Palestin semalam untuk menghadapi saingan kelayakan Kumpulan H piala Asia Wanita 2022,” katanya.

The Malayan Tigress akan bertemu negara Thailand pada 19 September dan tuan rumah Palestin pada 22 September 2021.

Dalam pada itu, Jelani yang juga Pengarah Sabah FC turut mengucapkan tahniah sambil menyatakan perasaan bangga terhadap Sabah yang mampu menghasilkan pemain berperingkat antarabangsa.

Datuk Dr Jelani Hamdan…