UMS Tegas “Suara Mahasiswa UMS” Bukan Entiti Rasmi, Guna Logo Tanpa Kebenaran

UMS Tegas “Suara Mahasiswa UMS” Bukan Entiti Rasmi, Guna Logo Tanpa Kebenaran

0
SHARE

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan bahawa entiti yang menggunakan nama “Suara Mahasiswa UMS” bukan merupakan badan berdaftar atau suara rasmi universiti, susulan beberapa hantaran tular di media sosial yang mengaitkan pihak berkenaan dengan isu perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam satu kenyataan media menerusi Pusat Komunikasi Korporat UMS hari ini, UMS menjelaskan bahawa sebarang kenyataan atau komentar yang dikeluarkan oleh pihak tersebut tidak mewakili pendirian rasmi universiti.

Menurut kenyataan itu, UMS turut memandang serius tindakan penggunaan logo rasmi universiti tanpa kebenaran, yang disifatkan sebagai tidak sah dan berpotensi mengelirukan orang awam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi UMS bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta mengelakkan sebarang kekeliruan,” menurut kenyataan berkenaan.