KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk meminda SOP sedia ada bagi aktiviti-aktiviti sambutan Aidiladha 1442 H/2021 M pada 20 Julai.
Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata langkah berkenaan untuk membendung penularan dan peningkatan kes-kes positif di seluruh negeri.
Ini juga berikutan 647 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan pada kelmarin (Sabtu).
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/07/covid-sabah-17-Julai.jpeg)
“Rumah Terbuka, jamuan, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan sempena sambutan Aidiladha 1442 H/2021 M adalah tidak dibenarkan,” tegas beliau.
“Bilangan jemaah di masjid atau surau untuk solat sunat Aidiladha, solat jumaat dan solat lima waktu adalah dikurangkan kepada 1/3 kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah yang mana lebih rendah…
“Bilangan pengendali sembelihan binatang korban adalah dikurangkan kepada 15 orang sahaja.
“Semua aktiviti perayaan Aidiladha 1442 H/2021 M di lokaliti PKPD adalah tidak dibenarkan,” katanya lagi.