Tidak Mahu Bayaran Interim Jadi Tabiat Hak 40 Peratus – Jeffrey

Tidak Mahu Bayaran Interim Jadi Tabiat Hak 40 Peratus – Jeffrey

0
SHARE
Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu melihat pembayaran interim sebagai tabiat rutin kepada hak 40 peratus yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau mengulas mengenai peningkatan dua kali ganda daripada RM300,000 kepada RM600,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025.

“Mengapa tidak menyelesaikan pembayaran penuh dan bukannya interim?

“Kami telah menunggu selama 61 tahun…ia petanda baik dalam merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 dan kami berharap ia akan diselesaikan dalam masa satu atau dua tahun,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa tabung amanah adalah apa yang diperlukan untuk peruntukan RM6.9 bilion terkini Sabah.

Jelasnya, ia kerana apabila akaun ditutup pada akhir tahun wang itu perlu dipulangkan dan bukannya dibawa kehadapan.

“Ia sepatutnya dilaksanakan menjelang tahun depan,” katanya kepada wartawan pada Ahad.